13 Julai 2023 - Selaras Teras Strategik Kelima dalam Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025) iaitu memperkukuh kolaborasi industri dan komuniti, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektik, Politeknik Mersing (JKE,PMJ) telah melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) untuk membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan surau Sekolah Agama Pengkalan Batu, Mersing. Seramai 47 orang staf telah menyumbang tenaga dengan melaksanakan pendawaian elektrik bagi pemasangan kipas baharu, membaikpulih kipas lama, membaikpulih sistem pembumian dan menceriakan surau sekolah tersebut. Program yang berlangsung selama 2 hari ini merupakan salah satu inisiatif CSR JKE, PMJ untuk memberi manfaat kepada masyarakat khususnya pelajar sekolah terlibat, di mana mereka dapat menggunakan surau dengan lebih selesa dan selamat.