15 JULAI 2023 - Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan Pertandingan Tarian Silang Budaya Peringkat Negeri Johor 2023 di Auditorium Permata Sari, RTM Johor. Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Mewakili daerah Mersing, kumpulan Dermaga Usul Bayu, turut menampilkan tiga orang pelajar Politeknik Mersing; Muhammad Rais bin Sulaiman (DDT), Varshini A/P Gobi Raj (DDT), dan Syed Zafran Safwan bin Syed Zafarudin (DPM). Mereka turut diiringi oleh Pegawai Kebudayaan PMJ, Pn. Nur Shahrul Atiqah binti Ishak.
 
Tahniah diucapkan kepada kumpulan tarian tersebut kerana telah berjaya merangkul Anugerah Khas Juri dan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM1000. Mereka telah berjaya menampilkan adat resam pelbagai budaya dalam kumpulan mereka dan secara tidak langsung telah memupuk semangat penerimaan dan persefahaman antara kebudayaan yang berbilang kaum pada masa kini.