12 – 13 Julai 2023 - Satu siri kunjungan hormat ke industri oleh YBrs. Pn. Hilmun Hilmun binti Mohamed, Pengarah PMJ serta pengurusan tertinggi PMJ ke Akar Indah Engeneering Sdn Bhd (AIE), Gading Kencana Sdn Bhd (GKSB) dan SL Cybersec Solutions Sdn Bhd (SLCS) yang bertujuaan untuk merapatkan hubungan akademia dan industri khususnya dalam mengukuhkan jalinan kolaborasi berimpak tinggi.
Bertempat di CO9P, Tower 1, UPM-MTDC Technology Center, ketibaan delegasi PMJ di sambut oleh Pn. Rohana binti Rahmat, Ketua Pegawai Eksekutif AIE dan En. Idjarmizuan Ibrahim, Naib Presiden Kanan, Jabatan 4IR MTDC. Pada pertemuan ini, telah diadakan sesi perbincangan dua hala antara PMJ bersama AIE. Di akhir pertemuan, telah diadakan sesi penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Penasihat Industri PMJ kepada Pn. Rohana binti Rahmat. Berlatarbelakangkan industri kejuruteraan dan teknologi, AIE telah banyak meneroka dan menambah baik teknologi sedia ada serta menjadikan bakat tempatan terkenal di peringkat antarabangsa.
Siri kunjungan hormat diteruskan ke GKSB yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Ketibaan delegasi PMJ disambut oleh Datin Hasnah Awang, Pengarah Eksekutif GKSB. Perbincangan antara PMJ-GKSB tertumpu kepada peluang untuk berkolaborasi di antara kedua-dua pihak seperti perkongsian kepakaran, peningkatan kerjaya pensyarah serta pelajar dan lain-lain bidang. GKSB merupakan peneraju dalam industri tenaga boleh diperbaharui Malaysia yang mengkhusus dalam sistem fotovoltaik suria dan penjanaan hidro mini.
 
Siri kunjungan hormat ke industri diakhiri dengan lawatan ke SLCS yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam yang disambut oleh En. Abdul Rahim bin Abdul Rahman, Pengarah SLCS. SLCS merupakan syarikat perkhidmatan IT yang memberi fokus kepada integrasi sistem, penyumberan luar, perundingan IT dan penyedia latihan. Sesi perbincangan dua hala PMJ-SLCS membuka lebih banyak ruang untuk jalinan kolaborasi berimpak tinggi yang akan memberi faedah kepada pelajar serta pensyarah di PMJ.
Turut hadir dalam siri kunjungan hormat ini Dr. Setiawan bin Hardono (TPA), Ts. Suhana binti Ismail (TPSA), Ts. Zainolrin bin Saari (Ketua CISEC), Dr. Syariffah binti Othman (KJKE), En. Kamarul Faiz bin Mihaj (Pegawai Kolaborasi) dan Pn. Norazura binti Zurali (Wakil KJTMK)