7 Julai 2023 – Sesi Kunjungan Hormat telah berlangsung melibatkan YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (KPPPKK) bersama delegasi dari Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) serta Politeknik Mersing ke CyberSecurity Malaysia (CSM). PMJ telah manjalin bekerjasama strategik dengan CSM bermula tahun 2018 dengan menandatangani Sijil Kolaborasi Startegik (CoC) pada tahun 2019.

Bertempat di Menara Cyber Axis, Cyberjaya, delegasi JPPKK dan PMJ telah di sambut oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CSM serta pengurusan tertinggi CSM. Pada pertemuan ini telah diadakan perbincangan dua hala antara JPPKK dan CSM khususnya perancangan masa depan yang memberi impak yang positif kepada pelajar serta pensyarah dalam meningkatkan kompetensi serta memperluaskan jaringan kolaborasi startegik. Selain itu, menerusi MoU ini, CSM telah melantik PMJ sebagai pusat peperiksaan bertauliah bagi pensijilan profesional dibawah Global ACE Certification serta menyokong aktiviti bidang tujahan Center of Technology dan 4IR Flagships dalam bidang keselamatan siber di PMJ.

Pada pertemuan ini turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memantapkan lagi kerjasama strategik bersama CSM. Turut berlangsung penyampaian watikah pelantikan semula YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Amirudin bin Abdul Wahab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri, PMJ bagi tahun 2023-2025.

Turut hadir pada sesi ini ialah YBrs. Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK, Pengarah-pengarah Bahagian JPPKK serta YBrs. Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah PMJ dan pengurusan tertinggi PMJ.