26 Jun 2023 - MyChampion Politeknik Mersing terdiri daripada 8 orang staf dan 1 orang pelajar telah menyertai Program Hike & Clean-up Gunung Arong 2023 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Mersing dan Pejabat Hutan Johor Timur. Program ini merupakan sebuah Program Agenda Malaysia Nasional Sihat yang menekankan Teras 4 : Kesihatan Persekitaran iaitu meningkatkan ketahanan fizikal dan mental kepada semua peserta yang hadir.

Pendakian bermula 8.30 pagi ini turut disertai staf Pejabat Kesihatan Daerah Mersing seramai 40 orang. Para peserta juga turut mengutip sampah di sepanjang perjalanan pendakian dan merentasi pantai Gunung Arong dan Teluk Gorek. Terima kasih kepada penganjur dan semoga program seperti ini diteruskan untuk masa akan datang. Kami sedia membantu menjadi sukarelawan bersama.