SELASA, 20 Jun 2023 - Politeknik Mersing (PMJ) telah menerima kunjungan muhibah dari Hjh. Najihah binti Mohamad Saim, Ketua Pemasaran Tabung Haji (TH), En. Muhammad Faiz bin Mohamad Fikray yang juga daripada Unit Pemasaran TH Negeri Johor, serta En. Sanizam bin Rahmat, Pegawai Khidmat Pendeposit TH Kluang.

Pengarah PMJ, Pn. Hilmun binti Mohamed bersama-sama Timbalan Pengarah Akademik, dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik telah menerima kunjungan tersebut dengan mengalu-alukan kehadiran mereka di War Room, PMJ. Kunjungan adalah bertujuan untuk membincangkan antara aktiviti CSR yang boleh PMJ laksanakan bersama TH dan perbincangan mengenai bantuan yang boleh diberikan kepada pelajar PMJ yang memerlukan. Pihak TH juga akan mengadakan sesi taklimat informasi berkaitan TH dan pembukaan kaunter pendaftaran akaun untuk staf dan pelajar pada masa yang akan ditetapkan kemudian. Semoga kerjasama ini akan memudahkan urusan kerjasama antara institusi ini dan menambahkan ilmu berkaitan kepentingan mengetahui peranan TH di Malaysia terutamanya kepada warga PMJ.