RABU, 14 Jun 2023 - Pada hari ini, Politeknik Mersing (PMJ) telah menerima kunjungan hormat dari mantan ahli SPP Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Haili bin Dolhan, bersama-sama 5 ahli yang lain iaitu Tan Sri Ahmad Phesal bin Talib, Dato Sufaat bin Tumin, Dato Mohd Sani binti Mistam, Datuk Ts. Mohlis bin Jaafar, dan Dato Dr Azmi bin Shapie.
 
Pengarah PMJ, Pn. Hilmun binti Mohamed serta semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit di PMJ telah menerima mesra kunjungan tersebut dengan mengalu-alukan kehadiran rombongan Wakil SPP di Bilik Persidangan Berlian Sari PMJ.
Kunjungan bertujuan untuk memaklumkan peranan SPP dalam semua urusan pengambilan dan perkhidmatan bagi skim PPPT dan pelbagai perkongsian lain yang amat bermanfaat. Semoga dengan perkongsian yang disampaikan dalam sesi ini mampu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan warga kerja di PMJ.