Satu Kunjungan Hormat YBrs. Tn. Saw Seong Ho, Pengerusi Federation of Malaysian Manufacturers - FMM Cawangan Johor bersama Ahli Jawatankuasa Induk FMM Cawangan Johor ke Politeknik Mersing telah berlangsung pada 7 Jun 2023.
Delegasi FMM disambut oleh YBrs. Pn Hilmun binti Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing. Turut hadir sama En. Yap Chen Chong, Pengarah Urusan Syarikat Jun Chong Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai wakil rasmi FFM dan Penasihat Industri kepada Politeknik Mersing.
 
Majlis turut diserikan dengan sesi dialog bersama industri. Seramai 20 orang delegasi FMM dari 9 industri dalam pelbagai sektor hadir dalam sesi dialog ini. Pelbagai isu serta perkongsian daripada pihak industri dan politeknik telah dibicangkan bersama. Majlis di akhiri dengan lawatan ke makmal di JTMK dan demonstrasi Team FIRA Politeknik Mersing.