Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mersing kembali meneruskan usaha kebajikan mengagihkan makanan percuma kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan akhir.
Pelajar boleh mengambil makanan percuma pada 6, 7, 12, 15, dan 20 Jun di antara laluan pintu masuk, Dewan Permata Marjan, atau D'BIZZ.
Semoga makanan ini dapat meringankan beban pelajar dan memberi tenaga untuk menjawab peperiksaan dengan sepenuh perhatian.
Terima kasih juga kepada warga PMJ yang menyumbang dana bagi menjayakan program ini.