Kursus Protokol & Etiket Sosial yang telah berlangsung pada 27 Mei 2023 telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat PMJ dengan jayanya.
Seramai 58 orang peserta terdiri dari barisan MPP dan Kelab Persatuan PMJ telah mengikuti kursus ini bagi mendalami pelbagai topik menarik seperti Pengendalian Majlis, Atur Cara Pentadbiran, Susunan Keutamaan Protokol, Pengacaraan Majlis, Ketrampilan Diri, Etiket di Meja Makan dan lain-lain topik lagi.
 
Paling menarik, melalui kursus ini juga para peserta berpeluang menjalani simulasi penganjuran majlis dan makan beradat. Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan slot yang padat dan bermanfaat.
Kursus ini telah disampaikan oleh En. Mohd Azizol bin Abdul Aziz, Ketua Unit Komunikasi Korporat PMJ dan pada sesi simulasi turut disertai oleh Pn. Baizura bt Hasni, Ketua Jabatan JPA, Pn.Norlizawati bt Mohd Kadry Ketua Program DPM, Pn. Siti Nurazani binti Mustaffa, Ketua Unit HEP, dan En. Mohamad Iqbal Hakim bin Che Omar selaku penasihat MPP PMJ.
 
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada kursus ini akan dapat memantapkan lagi peranan peserta dalam tatacara protokol dan penganjuran majlis di bawah kelab persatuan masing-masing nanti.
Terima kasih diucapkan atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan kursus ini.