23 Mei 2023 | Dataran Kembara Mersing, Johor
Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Mersing telah berjaya menganjurkan aktiviti aplikasi STEM dikalangan pelajar dengan mengadakan program EKSPLORASI STEM yang telah disertai oleh 46 orang pelajar yang terdiri daripada peserta dan Jawatankuasa Pelaksana program.
 
Program ini adalah bertujuan untuk menerapkan aplikasi STEM di dalam kehidupan seharian pelajar disamping memupuk semangat kerja bersepasukan dikalangan mereka semua.
Antara permainan yang dijalankan dalam program ini adalah Jana Junam & Crack-crack Crush (aplikasi fizik dalam kehidupan) dan Soduku (aplikasi matematik dalam kehidupan) seharian. Dengan adanya program seperti ini, pelajar dapat mengetahui dan mengaitkan pembelajaran di dalam kelas dengan kehidupan mereka seharian.
Semoga dengan penganjuran program ini juga, pelajar mendapat ilmu yang berguna untuk digunakan pada masa hadapan kelak.