Pertandingan Students’ Projects Exhibition Vol. 11 (SPEX’11) Sesi II 2022/2023 anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi, dan Komersialan telah dijalankan pada 21 Mei 2023 (Ahad) bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing Johor.
Program ini melibatkan pelajar yang mengambil kursus projek semester akhir dari Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Sebanyak 32 projek daripada ketiga-tiga jabatan telah dipertandingkan bagi merebut Anugerah Projek Inovatif, Anugerah Projek Mampan, Anugerah Pitching, Anugerah Kreatif dan Anugerah Utama.
 
Panel industri yang turut hadir dalam menjayakan program ini terdiri daripada Ts. Mohamad Falihin bin Yusoff (Pengarah Operasi, Falah Techno Development Sdn Bhd) selaku ketua juri, Mejar Mohd Ridzuan bin M Shariff (Ketua Jabatan Kajian Strategik dan Khidmat Nasihat, CyberSecurity Malaysia), Ts. Mohd Syahrulnizam Bin Razali (Timbalan Pengarah Bahagian Latihan, Institut Latihan Perindustrian Mersing), Ts. Mohd Farid Bin Rahat (Pensyarah Utama, Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Mersing), En. Hamka bin Shahar (Pengurus, Mentigi Bay Chalet & Glamping), dan Mohd Fadli Bin Ahdon (Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTeM).
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PMJ, Tuan Haji Hamzah bin Zakaria.
 
Projek Smart Emergency Nature Sensor (SENSe) oleh Izzul Hazieq bin Zulkeflee, Mohamad Nur Hafizhan bin Saini, dan Muhammad Izzat Ilyasaq bin Mohd Khairi yang diselia oleh Ts. Dr. Norhafizah binti Ismail telah memenangi ANUGERAH UTAMA (JUARA KESELURUHAN) untuk SPEX'11. Pelbagai anugerah lain juga diberikan kepada projek yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.