07 Mei 2023 (Ahad), Program Kesedaran Kewangan Dan Persediaan Kerjaya Pelajar Politeknik Mersing, Johor Tahun 2023
Alhamdulillah, program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMJ dengan Kerjasama PTPTN Negeri Johor dan ZRA Strim telah berlangsung sebagai mana perancangan dibuat.
Terima kasih kepada PMJ menyambut baik cadangan #TeamPTPTNKluang melaksanakan program ini.
 
Merah Menyala Si Buah Ceri
Cantik Dipandang Berseri-seri
Terima Kasih Ucapan Diberi
Menyambut Baik Kerjasama Kali Ini
 
Setinggi penghargaan jugak kepada Team ZRA Strim sudi berkongsi ilmu dengan pelajar PMJ serta hadirin yang datang
 
Terima Kasih Daun Keladi
Atas Perkongsian Ilmu Tuan Haji
Jika Ada Kelapangan Lagi
Diharap Sudi Hadir Ke JDT Lagi
 
Semoga jalinan kerjasama akan diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat bersama.