4-5 MEI 2023 - Seramai 17 orang pelajar dan 6 orang Pensyarah dari Politeknik Mersing telah terlibat dalam Fasa 2 pemasangan solar PV dan pendawaian 22 rumah. Program ini adalah program Kerjasama dengan beberapa institusi antaranya Universiti Teknologi Malaysia, Politeknik Port Dickson, Politeknik Muadzam Shah, Kolej Komuniti Segamat 2 dan IKBN Jitra.
 
Dalam program ini, PMJ telah berjaya menyiapkan pendawaian bagi 5 buah rumah dalam masa yang telah diperuntukkan. Program kali ini juga telah mendapat kerjasama dari pihak ATM bagi menyediakan kenderaan memasuki perkampungan orang asli tersebut.
 
Penghargaan buat semua rakan kerjasama terutamanya pihak UTM dan ATM yang memberi peluang untuk para pelajar PMJ merasai pengalaman dalam kerja-kerja pemasangan solar PV dan pendawaian 1 fasa serta merasai kehidupan di perkampungan orang asli Kg. Pucur. Terima kasih semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung.