Mersing: Seramai 44 pelajar dan pensyarah Jabatan Perdagangan mencurahkan kemahiran masing-masing dalam Program Pembangunan Kesihatan Mental `From Eyes to Heart’ di Desa Bina Diri, Mersing.
Program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertujuan untuk meningkatkan dan memberi pendedahan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental.
Pada Siri 1 kali ini sumbangan tenaga bagi pembangunan kesihatan mental masyarakat dan komuniti iaitu mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif kepada 230 orang penghuni di kawasan berehat Desa Bina Diri, Mersing dengan membersihkan kawasan dan mengecat dinding dan pondok.