17 April 2023 – PUSPANITA Politeknik Mersing dengan kerjasama PUSPANITA Pendidikan Daerah Mersing dengan jayanya telah menyampaikan sumbangan bernilai RM3,000 kepada 60 penerima asnaf di 3 buah sekolah iaitu SK Air Papan, SK Sawah Dato’ dan SMK Sri Mersing melalui Program Jejak Asnaf Kembali Ke Sekolah Siri 2.
 
Pihak PUSPANITA Politeknik Mersing mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Pelabuhan Johor kerana menjadi penyumbang utama bagi program sumbangan jejak asnaf untuk kali ini.
Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Tn. Hj Rosnan bin Fathal, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor, diiringi Pn. Monaliza binti Suhaimi, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor, Pn. Hilmun binti Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing, Pn. Mazlifah Zainal, Pengerusi Puspanita Pendidikan Mersing, Pn. Salmiah Jaafar, Timbalan Pengerusi ,Pn. Siti Hawa Ahmad, Kaunselor Pendidikan Daerah dan En. Mohd Amri bin Raso, Pegawai PPD Bahagian Pembangunan Bakat Murid yang sudi hadir dalam sesi penyerahan sumbangan ke tiga-tiga buah sekolah ini.
 
Semoga sumbangan ini beroleh keberkatan dan manfaat bagi semua yang terlibat.