10 April 2023: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Mersing (PMJ) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), PMJ telah menganjurkan program Cakna Sahur yang membabitkan pelajar-pelajar PMJ yang berada di luar kamsis.
Sesi agihan sebanyak 210 biji burger untuk bersahur telah diedarkan bermula jam 12 malam tadi di 11 kawasan iaitu Taman Wawasan, Kampung Sawah Dato’, Kampung Pengkalan Batu, Mersing Kanan, Bandar Mersing, Mersing Kechil, Taman Sri Pantai, Taman Sri Mersing, Taman Sri Daik, Kampung Air Merah dan Tanjung Genting.
 
Turut hadir menyantuni program Puan Hilmun Binti Mohamed, Pengarah PMJ, Timbalan Pengarah Akademik PMJ, Tuan Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMJ, Ts Suhana Binti Ismail.
Seramai 30 orang pelajar dan 20 staf PMJ menjadi Volunteers untuk menjayakan program ini. Penyediaan makanan telah bermula pada jam 9.00 malam secara bergotong-royong di D’Bizz Mall Politeknik Mersing.
 
Program Cakna Sahur – Santuni Pelajar Luar Kampus 2023 “Jejak Kasih Ramadan” merupakan julung kali diadakan sebagai inisiatif untuk mengimarahkan bulan mulia dengan menyantuni pelajar yang tinggal di luar kamsis. Semoga dengan berlangsungnya program ini, dapat memberikan keceriaan kepada pelajar yang berada di luar kamsis di samping menyuntik perasaan kasih sayang dan mengambil berat antara satu sama lain.