Pada 18 April 2023, Persatuan Pembangunan Masyarakat UYERVOM Malaysia telah memberikan huluran kasih sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada warga kerja Politeknik Mersing. Seramai 51 warga kerja terdiri dari Pekerja Pembersihan, Pekerja Lanskap dan Pegawai Keselamatan telah menerima sumbangan hamper bernilai RM1,300 yang amat bermakna bagi mereka.
 
Persatuan Pembangunan Masyarakat UYERVOM Malaysia merupakan persatuan (NGO) yang terdiri daripada warga pendidik India dari Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia khususnya dari Politeknik & Kolej Komuniti (POLYCC). Persatuan ini terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti pembangunan diri pelajar dan warga pendidik tanpa mengira kaum sejak tahun 2020.
 
Semoga sumbangan ini dapat menceriakan Sambutan Hari Raya warga kerja Politeknik Mersing dan membantu mereka merayakan hari yang istimewa ini dengan lebih bermakna.