11 April 2023: Kelab Kebajikan Staf Politeknik Mersing (2KRS) dengan kerjasama Surau Al-Irsyad, Politeknik Mersing telah menganjurkan majlis penyerahan sumbangan ikhlas Ramadhan bagi tahun 2023. Program ini melibatkan penyerahan kepada 110 pelajar yang telah disenarai pendek oleh Unit Kebajikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Jumlah sumbangan melebihi RM5,000 telah berjaya dikumpulkan merupakan sumbangan dari staf dan kakitangan PMJ, Koperasi PMJ Sdn. Bhd dan beberapa perusahaan industri kecil dan sederhana sekitar Mersing seperti Ezie Satu Enterprise, Wan Arif Enterprise dan Aminurashid Enterprise.
 
Turut menyumbang di dalam program ini adalah Yang Berhormat Puan Hajah Alawiyah binti Talib, ADUN Endau dan Yang Berhormat Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy, ADUN Tenggaroh.
Majlis penyerahan sumbangan kepada pelajar yang terpilih telah disempurnakan oleh Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah PMJ. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ts Suhana binti Ismail serta ketua-ketua jabatan induk dan sokongan PMJ.
 
Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberikan keceriaan kepada para pelajar dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.