06 APRIL 2023
'Master of Talent (Type with 10 Wonderful Fingers)' merupakan satu Program Khidmat Masyarakat yang telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 5 Program Diploma Sains Kesetiausahaan bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan Acara.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran menaip dengan pantas dan pemprosesan dokumen.
Seramai 39 orang peserta dari SMK Sri Mersing terlibat dalam program ini, yang terdiri daripada 37 orang pelajar dan dua (2) orang guru pengiring.
Semoga sesi perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.