Seramai 117 orang pelajar Politeknik Mersing menduduki ujian bertulis MUET di Dewan Permata Marjan hari ini.
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kelas Intensif MUET telah dijalankan sepanjang bulan Mac bagi melengkapkan calon dengan teknik efektif menjawab Ujian MUET dengan bimbingan para pensyarah Jabatan Pengajian Am.
Semoga usaha mereka membuahkan hasil dan mencapai keputusan yang cemerlang untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kelak.