PUSPANITA Politeknik Mersing telah menganjurkan Program Jejak Asnaf Kembali Ke Sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (PPD) bersempena dengan pembukaan sekolah bagi sesi 2023/2024.
Program ini bertujuan untuk menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai RM50 kepada murid-murid asnaf dari 4 buah sekolah sekitar Mersing. Dana kutipan hasil sumbangan ahli PUSPANITA, warga PMJ dan orang perseorangan ini telah telah berjaya mengukir senyuman 108 murid dari sekolah SK Seri Pantai, SK Mersing Kanan, SR Agama Bersepadu Mersing dan SK Tenglu.
PUSPANITA PMJ juga telah berkolaborasi dengan PUSPANITA PPD Mersing dalam majlis serahan sumbangan ini yang telah diadakan pada 22 Mac 2023 di empat buah sekolah tersebut.