29 MAC 2023 JK Bacaan Pruf buat kali pertama telah menganjurkan Kursus Bacaan Pruf bagi 32 orang ahli jawatankuasa tersebut. Kursus ini telah dibimbing oleh penceramah jemputan iaitu Puan Siti Nasarah binti Ismail, Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau.
 
Peserta telah didedahkan dengan asas penyuntingan dan bacaan pruf dalam pelbagai bentuk penulisan dan penerbitan. Selain itu, teknik bacaan pruf dan simbol-simbol pembetulan turut dipraktikkan oleh peserta kursus ini.
Semoga dengan segala ilmu yang dipelajari, JK Bacaan Pruf Politeknik Mersing akan dapat melaksanakan tanggungjawab dalam menjaga ketepatan penulisan dan penerbitan PMJ.