28 Mac 2023, Pada hari ini, Politeknik Mersing telah menerima kunjungan muhibah dari Encik Asrun Nizam Abu Bakar, Pengurus Cawangan Bank Islam & Encik Mohd Azhar bin A. Wahab, Pengurus Cawangan Agro bank Mersing.
Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk sesi suai kenal bersama Pengarah PMJ, perancangan merealisasikan mesin ATM di PMJ, perancangan untuk memperkenalkan sistem cashless transaction kepada pelajar PMJ dan perbincangan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan lagi kerjasama di antara pihak bank bersama Politeknik Mersing.