21 Mac 2023 - Telah berlangsung Program PSH - Kursus Celik Arduino Siri 1, anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Mersing. Kursus ini disertai oleh 25 orang pelajar dan 3 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing.
Modul kursus adalah memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pengaturcaraan bliking LED, kawalan dan rekabentuk sistem lampu isyarat, dan Lampu Automatik menggunakan penderia LDR dengan block C programming.
Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.