Pada 13-14 Mac 2023 yang lalu Politeknik Mersing telah melancarkan satu Program Pengumpulan Barang Misi Pasca Banjir POLYCC Johor. Hasil dari program tersebut, sebanyak 52 kotak barang-barang terpakai berserta makanan berjaya dikumpulkan hasil sumbangan dari Warga Politeknik Mersing dan Komuniti Setempat Mersing.
 
Hari ini, 15 Mac 2023 sesi serahan keseluruhan sumbangan tersebut telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Ledang dan penerimaan barang-barang tersebut telah diwakili oleh Encik Fairuzan bin Abdul Majid, Pegawai Penerangan Kolej Komuniti Ledang. Turut hadir semasa sesi serahan sumbangan tersebut adalah Puan Azreen binti Khamis, KJ JTMK, Puan Siti Nurazani binti Mustaffa, KU HEP, Puan Nur Shahrul Atiqah binti Ishak, KP DSK, Encik Mohd Azizol bin Abdul Aziz, KU UKK dan Muhammad Nazrul bin Ariffin, PRO 2.
 
Semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir dan mengeratkan lagi hubungan masyarakat bersama Politeknik Mersing.