2-4 MAC 2023
Bengkel ini bertujuan untuk pembangunan takwim tahunan MPP dan penyediaaan awal kertas kerja program MPP bagi tahun 2023.
Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang pelajar dari barisan MPP dan beberapa individu penting seperti KJHEP, En. Mohd Fairullah bin Muhammadon, Ketua Unit JHEP Pn. Siti Nurazani binti Mustaffa, Penasihat MPP, Encik Mohamad Iqbal Hakim bin Che Omar, dan fasilitator program Cik Nurulfarida Binti Mohamad Nadzri, En. Mohd Azizol bin Abdul Aziz, Encik Mohd Najib bin Norhan dan Pn. Salhasmidah binti Suleiman.
Pelbagai modul telah dijalankan antaranya ialah:
 
Modul 1: Start It Right - Ujian Psikologi (personaliti diri) dan Ujian Komunikasi Berkesan untuk membantu para peserta mengenali potensi diri dan pemantapan peribadi.
Modul 2 : Mental Warrior - Pertandingan mini debat dan aktiviti berasaskan Problem Based Scenario untuk menguji setiap barisan kabinet dalam menjadi pemimpin yang positif dan berjiwa kental mengambil kira aspek pengurusan emosi, adab dan komunikasi yang berkesan secara individu dan berkumpulan.
Modul 3 : Creative to Survive - Cabaran aktiviti luar kepada setiap peserta secara berkumpulan dengan tujuan untuk melahirkan pemimpin yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah atau konflik dalaman serta luaran disamping merapatkan ukhuwah / teambonding.
Modul 4 : Dokumentasi dan Kertas Kerja - Penerangan berkaitan carta alir cara perancangan, pelaksanaan dan pelaporan program. Aktiviti menyiapkan dokumentasi takwim dan Kertas Kerja Program dibantu oleh fasilitator.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta.