7 MAC 2023 - Politeknik Mersing telah menerima satu (1) lawatan kerja delegasi UTeM yang diketuai oleh Professor Datuk Ts Dr Hj Shahrin Bin Sahib, Ketua UTeM Cybersecurity Competence Centre. Turut hadir bersama delegasi UTeM ini adalah Professor Madya Ts. Dr Mohd Faizal Abdollah, Gs. Dr. Othman bin Mohd dan Ts. Dr. Mohd Zaki bin Mas'ud.
 
Lawatan kerja ini membuka peluang kerjasama di antara Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Politeknik Mersing dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) UTeM.
Pengenalan terhadap Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi di UTeM, Program Pengajian yang ditawarkan di UTeM, Kursus Sarjana yang ditawarkan di UTeM bagi Peningkatan Kerjaya Pensyarah melalui Program Pengajian Pesisir atau PhD, Penyelidikan bersama dan Rancangan Penubuhan Consortium Cybersecurity Center antara perkara yang telah dibincangkan.
 
Diharapkan dengan lawatan dan perbincangan seumpama ini, hubungan baik dan kerjasama antara Politeknik Mersing dan UTeM dapat diperkukuhkan dan seterusnya memberi manfaat dari segi perkongsian ilmu kepada kedua belah pihak.