1 MAC 2023
 
Jabatan Pengajian Am sekali lagi menjayakan program kerjaya You're Hired dengan kerjasama PERKESO . Program yang diadakan di Dewan Permata Marjan ini disertai oleh 330 peserta yang terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bersama-sama penasihat akademik mereka.
 
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan MYFuturejobs dalam mencari pekerjaan dan perkongsian kaedah temuduga kerja oleh pelatih PERKESO.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan semoga berjaya menempuh alam pekerjaan kelak!