Seramai 10 pelajar Politeknik Mersing telah terpilih dalam Program Sumbangan Zakat Korporat dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sempena Program Usahawan Muda 2023 Peringkat Negeri Johor.

Terdahulu sesi penyampaian serahan agihan ini telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kepada Pengarah PMJ, Puan Hilmun Binti Mohamed pada 26 Februari 2023 di Politeknik Ibrahim Sultan.

Semoga bantuan sumbangan ini dapat menyuntik semangat pelajar untuk lebih tekun dan komited dalam pengajian mereka.