Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 30 orang pelajar yang telah menerima watikah pelantikan sebagai barisan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Mersing bagi sesi 2023/2024 pada jam 2.30 petang hari ini.

Penyampaian watikah pelantikan ini telah disempurnakan oleh Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing. Turut hadir ialah Tuan Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Akademik, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan Penasihat MPP.

Barisan MPP turut berpeluang membawa usul dalam sesi dialog bersama Puan Pengarah. Puan Hilmun juga turut sempat mengingatkan setiap daripada barisan MPP agar sentiasa memperkasa Smart and Sharp Skills dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin pelajar. Barisan MPP perlu bersama-sama menjadi “role model” kepada pelajar lain supaya mampu membina kematangan mengawal emosi, kemahiran pelbagai bahasa, kecekapan berunding, kemampuan memimpin dan bekerja secara berkesan secara berpasukan.

Semoga barisan kempimpinan baharu MPP mampu memikul amanah dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi dalam memacu kecemerlangan siswa siswi PMJ.