Politeknik Mersing telah terpilih sebagai salah satu tempat agihan berpusat peranti siswa untuk zon Johor pada 24-26 Februari 2023. Seramai 119 orang pelajar telah menerima peranti siswa pada sesi agihan fasa ketiga dan terakhir ini.

Turut hadir wakil Kementerian Komunikasi Digital, Pn Nor Khadijah Binti Alias, Pegawai Unit Pengurusan Peranti Siswa bersama Pn Hilmun binti Mohamed , Pengarah PMJ serta KU HEP dan wakil vendor.

Semoga penerimaan peranti siswa ini akan membantu para pelajar untuk lebih komited dan cemerlang dalam bidang akademik.