Tahniah diucapkan kepada Nur Amirah bt Anasaffandi kerana berjaya membawa pulang trofi tempat ke-4 bagi pertandingan pidato.
Dua pendebat PMJ juga berjaya mendapat gelaran pendebat terbaik iaitu Muhammad Akmal Rizal mendapat Pendebat Terbaik pada pusingan ke-2 dan ke-4 manakala Ahmad Ahrori berjaya mendapat Pendebat Terbaik pada pusingan ke-5.
 
Secara keseluruhan, PMJ berada di kedudukan Top 5 bagi pidato manakala pasukan debat PMJ pula berada di kedudukan Top 8 diantara 22 pasukan politeknik dan kolej komuniti yang bertanding.
 
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih Puan Nur Atiqah Roslan dan Cik Nurulfarida Mohamad Nadzri di atas kejayaan ini.