Pasukan Perarakan Politeknik Mersing sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Johor telah berlangsung di Masjid Jamek Bandar Mersing.
Majlis dimulakan dengan perarakan bermula dari perkarangan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pai Chee ke Masjid Jamek Bandar Mersing seawal jam 8:00 pagi.
Syabas diucapkan kepada Kontingen Perarakan PMJ seramai 30 orang yang memenangi Naib Johan Kontinjen Perarakan
Terbaik
 
Kategori Sekolah dan IPT dan Naib Johan Sepanduk Kategori IPT dan Sekolah.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam penyertaan kali ini.
“Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”