Lawatan Penilaian Akreditasi (Engineering Technology Accreditation Council) ETAC daripada Lembaga Jurutera Malaysia bagi program Diploma In Electrical And Electronic Engineering (DEE) dan Diploma In Electrical Engineering (DET) telah berlangsung pada 4-5 Oktober 2022.
 
Seramai 6 orang panel penilai dan seorang Head of Delegation (HOD) terlibat semasa proses lawatan penilaian tersebut.
Proses penilaian merangkumi beberapa perkara seperti semakan dokumentasi program, sesi temubual bersama staf akademik dan sokongan, pelajar dan stakeholder serta lawatan fasiliti makmal dan kemudahan di PMJ.
 
Semoga kedua-dua program berjaya mendapat Full Accreditation (6 years).