Politeknik Mersing (PMJ) anjuran bersama Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK dengan urus setia bersama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah menganjurkan program kepimpinan yang telah berlangsung pada 29, 30 September & 1 Oktober 2022 bertempat di Tanjung Genting Chalet & Camp Site, Mersing, Johor.
 
Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Akademik (TPA) PMJ bersama Puan Madihah binti Paiizi, Wakil Rasmi Ketua Pengarah Jabatan Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Puan Suhana Binti Ismail, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) PMJ.
 
Turut memeriahkan majlis, Encik Mohd Zuhaimi Bin Zolkifli, Wakil Pengarah POLISAS, Encik Syahmi Bin Mohd Zahir, Wakil Pengarah PMS, Pegawai-Pegawai Kanan Politeknik, Instruktor Program, Cik Junaidah binti Basir.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Malaysia telah ditubuhkan di setiap institusi sejak Akta 174 dikuatkuasakan. Bengkel yang telah disertai seramai 90 orang peserta merupakan gabungan MPPPK 20/21 dan MPPPK 22/23.
Matlamat utama bengkel ini adalah untuk menggalakkan perkongsian idea melalui penghasilan e-BOOK modul yang terdiri daripada 3 komponan iaitu kepimpinan, komunikasi dan pengurusan.
 
Berikut merupakan penerima anugerah peserta terbaik:
1. Adham Shubli bin Mat Deris, Politeknik Sultan Azlan Shah
2. Nur Aidilia Maisara binti Darwadi, Politeknik Melaka
 
Semoga program ini akan menjadi pemangkin dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi di samping memberi impak positif kepada institusi yang terlibat dalam menambah baik pengurusan organisasi MPP masing-masing.