20 September 2022 (Selasa)
Pada hari ini telah berlangsungnya Program YOU’RE HIRED Bersama PERKESO yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama PERKESO. Program yang diadakan di Dewan Kuliah 2 dan Dewan Kuliah 3 ini disertai oleh 248 peserta yang terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah sebenar memohon pekerjaan. Ia bermula daripada cara membuat resume, memohon di laman web MYFutureJobs di bawah kendalian PERKESO. Hal ini membantu pelajar untuk mempersiapkan diri untuk untuk alam pekerjaan selepas bergelar graduan Politeknik.
 
Melalui aktiviti sepanjang bengkel berlangsung, para pelajar secara khususnya akan didedahkan dengan beberapa fasa permohonan kerja seiring dengan kehendak
industri. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan semoga berjaya menempuh alam pekerjaan kelak!