13 SEPTEMBER 2022 - Program Merdeka Color Run & Fun Run Politeknik Mersing 2022 telah berlangsung pada 13 September 2022 di Air Papan, Mersing.
Seawal jam 7.00 pagi pelajar telah mula berkumpul di Dataran Dewan Permata Marjan untuk menanti bas yang akan membawa mereka ke Masjid Al Halim Air Papan Mersing.
 
Program ini dimulakan dengan pelepasan Merdeka Race dan diikuti oleh Merdeka Color Run oleh Puan Hilmun Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing. Acara ini telah di jayakan oleh 500 orang pelajar PMJ.
Acara diteruskan dengan pelepasan Merdeka Fun Ride dan Merdeka Fun Walk yang terdiri daripada kakitangan PMJ oleh wakil Ketua Kampung Air Papan Mersing.
 
Politeknik Mersing mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil penduduk Air Papan Mersing dan juga pasukan Polis Daerah Mersing yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini.