11 September 2022, YB Cik Norlizah binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor telah menyempurnakan pelancaran Pusat Satelit MYFutureJobs PERKESO di Politeknik Mersing.
Turut berlangsung Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Startegik di antara Pn Hilmun binti Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing bersama En. Tong Sing Chuang, Pengarah PERKESO Negeri Johor.
 
Pusat Satelit MYFutureJobs PERKESO ini merupakan satu inisiatif PERKESO sebagai penyedia Perkhidmatan Pekerjaan Awam, bagi meningkatkan akses dan kebolehcapaian masyarakat kepada peluang pekerjaan di seluruh negara.
Pelancaran Pusat Satelit MYFutureJobs di Politeknik Mersing mempunyai signifikan kepada pihak PERKESO kerana pusat berkenaan adalah yang pertama seumpamanya diadakan di IPT Negeri Johor dan kelapan seumpamanya di Malaysia.
Pusat terbabit berfungsi sebagai one-stop-centre bukan sahaja kepada penuntut di Politeknik Mersing, bahkan kepada komuniti setempat khususnya di Daerah Mersing. Malah, ia dijadikan projek perintis kepada penubuhan lebih banyak pusat satelit MYFutureJobs di IPT pada masa akan datang.
 
Kerjasama ini mewujudkan satu ekosistem pasaran buruh yang lebih cekap selain memberi manfaat bukan sahaja kepada penuntut dan graduan untuk lebih bersedia memasuki pasaran pekerjaan, tetapi juga kepada pencari kerja bagi mengisi jawatan kosong.