11 September 2022 - Telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing Ke-10 di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Cik Norlizah binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Negeri Johor wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor bersama Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Bahagian Govenan dan Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pengajian Tinggi.
Bilangan graduan pada sesi kali ini adalah seramai 516 orang graduan yang telah menamatkan pengajian pada sesi Jun 2020 dan sesi Disember 2020; iaitu daripada tiga jabatan akademik utama dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Perdagangan.
 
Tahniah untuk para graduan Politeknik Mersing Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing ke-10 semoga kejayaan ini menjadi perangsang dan pemangkin kepada usaha-usaha yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Majlis Konvokesyen PMJ ke-10 turut disiarkan secara langsung di saluran rasmi Facebook Politeknik Mersing di pautan https://www.facebook.com/politeknikmersing/videos/2869120926724287/
 
Buku program Majlis Konvokesyen:
 
Gambar Majlis Konvokesyen Kali Ke-10 2022 Politeknik Mersing:
 
“Graduan Holistik Memperkasakan TVET Negara”