10 Ogos - telah berlangsungnya Program Pengumpulan dan Pelupusan Mushaf Al-Quran Sesi 1 yang dijalankan di Surau Al-Irsyad, Politeknik Mersing.
Program khidmat komuniti ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Surau Al-Irsyad dan Pejabat Kadi Daerah Mersing.
Seramai 18 orang pensyarah JPA telah bergotong-royong dalam usaha melupuskan mushaf atau keratan-keratan ayat Al-Quran yang rosak dengan kaedah yang betul.
 
Program ini berlangsung selama sebulan dan Sesi 2 akan dijalankan di Kampung Air Papan. Mushaf Al-Quran yang telah dikumpul akan diserahkan kepada Pejabat Kadi Daerah Mersing untuk tujuan pelupusan.