9 Ogos 2022, Selasa, Dr. Norhafizah Binti Ismail dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Mersing, Johor telah memperoleh “Special Award from UUM Vice Chancellor” dalam pembentangan virtual. Anugerah Istimewa dari Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) ini diraih dalam “The 7th Innovative Research, Invention and Application Exhibition 2022 (i-RIA 2022)”. Program ini adalah anjuran Pusat Pengajian Pengkomputeran , UUM. Inovasi ini dibangunkan dalam Kategori Inovasi Pandemik, Penyelidik Terbuka bertajuk “Inkling of Innovation Abstract Writing Towards Zero Circumvention.” Warga Politeknik Mersing, Johor mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan atas pencapaian ini.