2 Ogos 2022 - Jabatan Teknologi Maklumat telah menerima satu lawatan penanda aras keselamatan siber daripada delegasi Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK).
Kehadiran Puan Hilmun, Pengarah Politeknik Mersing bersama Haji Hamzah, Timbalan Pengarah Politeknik Mersing turut mengalu-alukan kehadiran delegasi IPGKIK.
Hasil lawatan yang telah dijalankan, banyak perkongsian yang dapat dibincangkan antaranya adalah :
1. Pengenalan kepada Politeknik Mersing (PMJ)
2. Pengenalan kepada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).
3. Pengenalan kepada Trek Keselamatan Maklumat
4. Pengenalan kepada Cyber Range Academy (CRA)
5. Pencapaian CRA dan aktiviti-aktiviti pelajar yang telah diusahakan beserta pencapaian pelajar-pelajar JTMK.
6. Teknologi terkini yang diguna pakai di dalam Cyber Range Lab dan Cyber Ops Lab.
7. Kebolehpasaran pelajar dalam bidang Keselamatan Maklumat.
8. Perancangan kerjasama inovasi berimpak tinggi untuk dihasilkan.
Semoga dengan lawatan penanda aras ini, dapat memberi satu pengalaman yang cukup bererti untuk delegasi IPGKIK dalam pengertian kepentingan sebenar cybersecurity di institusi pengajian mahupun di industri.