Tahniah diucapkan kepada peserta Politeknik Mersing (PMJ) yang telah memenangi Pingat Perak bagi kategori Air Drone: Emergency Delivery and Tower Inspection bagi Kejohanan 15th FIRA Malaysia Cup 2022 anjuran FIRA Malaysia Chapter, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang telah berlangsung pada 24 – 28 Julai 2022.
 
Pingat Perak ini telah dimenangi oleh wakil PMJ iaitu Jurulatih; Encik Mohd Fauzi bin Mohd Sani dan tiga orang pelajar Mohamad Izzuddin bin Ruslan, Muhammad Ad Din bin Abd Khalim dan Muhammad Amar Haikal bin Ahmad.