Politeknik Mersing dengan kerjasama Politeknik Zon Johor, Melaka, Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Malaysia Peringkat Kebangsaan anjuran bersama Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada 25, 26, 27 Julai 2022 bertempat di Teluk Gorek Chalet & Campsite, Mersing.

Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Encik Roslee Bin Yahya Pengarah Kanan Kompetensi JPPKK, Puan Hilmun binti Mohamed Pengarah PMJ, Tn Hj Abdul Razak bin Senan, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Mejar Norizam bin Sekak Pengarah Politeknik Merlimau Melaka (PMM) serta wakil-wakil Pengarah Politeknik Dan Kolej Komuniti Zon Johor, Melaka Dan Negeri Sembilan.