Majlis Penyerahan Projek Corporate Social Responsibility (Service Learning) antara usahawan IKS Daerah Mersing bersama-sama pelajar daripada Politeknik Mersing Johor. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan Dan Budaya Negeri Johor. Turut menjayakan majlis adalah Timbalan Pengarah Akademik PMJ, Tn Hj Hamzah Zakaria.
IKS yang terlibat adalah:

1. Syarikat Abena Jaya
2. Sri Mersing Resort
3. Ezie Satu Enterprise
4. Wan Arif Food
5. Tijara Mak Enon Enterprise

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar dan pensyarah yang terlibat dan membantu mempromosikan IKS di daerah Mersing melalui Penghasilan Reka Bentuk Poster Promosi dan Pembangunan Video Korporat bagi lima (5) usahawan IKS yang terpilih. Selain mengukuhkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di dalam kelas, program seperti ini juga memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dan menyumbang sesuatu kepada komuniti dan sekaligus mempelbagaikan kaedah pembelajaran di luar kelas.