Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menganjurkan perhimpunan bulanan bagi bulan Julai 2022 bertempat di Dewan Permata Marjan yang bertemakan Healthy Living. Antara pengisian majlis ialah aerobik dan permainan sukaneka antara staf PMJ. Majlis diteruskan dengan penyampaian ucapan oleh Tn Hj Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Akademik (TPA). Antara ucapan yang disampaikan adalah berkaitan amalan gaya hidup yang seimbang dari segi pengambilan pemakanan dan aktiviti fizikal yang sihat.

Seterusnya, penyampaian hadiah Pertandingan Swafoto yang telah dianjurkan oleh Kelab Prosis dengan kerjasama EKSA PMJ dan Majlis Tertinggi Kamsis yang berlangsung pada 8 Jun 2022 bersempena PMJ Bebas Denggi dan pemenang permainan sukaneka antara staf PMJ.

Berikut adalah senarai pemenang Pertandingan Swafoto kategori staf:
Tempat Pertama - Puan Siti Anis Marina binti Mohd Nasir
Tempat Kedua - Puan Siti Amirah binti Abdul Rahman
Tempat Ketiga - Puan Azlina binti Hamdan

Senarai pemenang sukaneka:
Tempat Pertama - Hang Tuah (Hitam)
Tempat Kedua - Hang Jebat (Merah)
Tempat Ketiga - Hang Lekir (Hijau)
Tempat Keempat - Hang Lekiu (Oren)
Tempat Kelima - Hang Kasturi (Biru)