KUALA LUMPUR, 3 Julai 2022 - Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada tujuh institusi (Politeknik) yang berjaya menerima pengiktirafan status Premier Teknologi Digital bagi sesi 2022-2025 oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada Majlis Penganugerahan Institusi Premier Teknologi Digital Bersempena Pelancaran Malaysia Digital dan Sambutan Jubli Perak MDEC.

Tujuh institusi yang berjaya menerima penganugerahan tersebut adalah seperti berikut:
1. Politeknik Balik Pulau
2. Politeknik Kuching Sarawak
3. Politeknik Mersing Johor
4. Politeknik Seberang Perai
5. Politeknik Sultan Idris Shah
6. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
7. Politeknik Ungku Omar

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK serta pengarah-pengarah politeknik yang menerima pengiktirafan tersebut.
Semoga dengan penganugerahan ini dapat menjadikan sebagai pembakar semangat kepada seluruh politeknik dan kolej komuniti untuk lebih cemerlang.