12 Jun 2022 - Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (PPJKE) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menganjurkan Majlis Bersama Ketua Jabatan bertempat di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, alumni dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Puan Syariffah Binti Othman. Selain itu, para pelajar didedahkan kepada displin, sikap, tatatertib yang perlu di pupuk dalam diri mereka dan sesi perkongsian pengalaman daripada Alumni JKE.