14 Jun 2022 - Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Komersial (UPIK) telah menganjurkan Students’ Projects Exhibition yang melibatkan pelajar yang mengambil kursus projek semester akhir (final year project) dari Jabatan Perdagangan (JP), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE). Program SPEx 9 memfokuskan kepada persembahan dan pembentangan projek akhir pelajar yang telah melepasi kriteria yang ditetapkan oleh setiap jabatan akademik di Politeknik Mersing. Melalui program ini, penilai dari industri yang berkaitan telah dijemput sebagai Panel Penilai bagi setiap projek dan pemenang Anugerah Platinum akan didaftarkan di bawah harta intelek copyright (myIPO).